Asus ROG Mothership Diperkenalkan Dengan Skrin 17.3-inci, RTX 2080 GPU, Intel Core i9

Asus ROG Mothership Diperkenalkan Dengan Skrin 17.3-inci, RTX 2080 GPU, Intel Core i9

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Asus hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti, dan turut hadir dibawah jenama ROG adalah komputer berkuasa tinggi terbaru mereka, iaitu Asus ROG Mothership.

Asus ROG Mothership

Asus ROG Mothership membawakan rekaan seumpama Surface yang menyertakan kaki untuk didirikan, selain papan kekunci yang boleh dihubungkan secara berasingan. Asus mengatakan kaki untuk ROG Mothership ini akan terbuka secara sendirinya apabila peranti menyentuh permukaan.

Bahagian papan kekunci pula boleh dihubungkan secara magnetik, atau turut boleh dihubungkan secara nirwayar untuk penggunaan jarak jauh.

Asus ROG Mothership

Dari segi spesifikasi, ROG Mothership hadir dengan skrin 17.3-inci pada kadar segar semula 144Hz, dijana cip Intel Core i9-8950HK, selain sokongan GPU RTX 2080 versi mudah-alih. Selain daripada itu, ia menggunakan storan berasaskan RAID 0 dengan tiga NVMe SSD, dan juga memori sehingga 64GB DDR4.

Asus dijangka memasarkan ROG Mothership ini pada suku pertama 2019 ini. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN