Ini Adalah Tweet Dengan Angka Retweet Paling Tinggi Buat Masa Ini

Ini Adalah Tweet Dengan Angka Retweet Paling Tinggi Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Permulaan tahun baru 2019 ini menyaksikan pelbagai rekod baru dicatatkan dalam arena media sosial. Selepas tempoh hari menyaksikan akaun Instagram yang paling cepat mencapai pengikut seramai sejuta, kini rekod baru turut dicatatkan pada Twitter dengan Tweet dengan angka Retweet paling tinggi.

Rekod berkenaan dicatatkan oleh jutawan dari Jepun, iaitu Yusaku Maezawa. Sebelum ini, beliau pernah membeli tiket ke bulan daripada SpaceX, dan kini berjaya memecah rekod Twitter untuk Tweet dengan bilangan Retweet paling tinggi.

Tweet yang dikongsikan beliau yang menjanjikan hadiah berjumlah 100 juta yen untuk 100 pemenang yang dipilih secara rawak berdasarkan kepada RT.

Sehingga artikel ini ditulis, Tweet berkenaan telah mencapai angka RT sebanyak 4.6 juta – sekaligus memecah rekod Tweet berkenaan makanan percuma daripada Wendy’s sebelum ini yang mencatatkan sekitar 3.58 juta RT.


TIPS & ULASAN