Monitor Viewsonic ELITE Terkini Menyokong Sistem Lampu RGB Pelbagai Pengeluar

Monitor Viewsonic ELITE Terkini Menyokong Sistem Lampu RGB Pelbagai Pengeluar

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Bagi peminat permainan PC tegar, sistem  lampu interaktif diperlukan bagi memberikan pencahayaan yang lebih menarik ketika bertarung. Terdapat pelbagai jenis sistem lampu di pasaran yang menyokong kerdipan lampu pada RAM. kipas penyejuk, papan kekunci, tetikus, fon kepala dan juga monitor. Di CES, ViewSonic telah melancarkan dua monitor ELITE yang menyokong sistem lampu Razer Chroma, MasterPlus+ Cooler Master dan TT RGB Thermaltake.

ViewSonic ELITE XG350R-C ialah monitor 35-inci melengkung 1800R dengan resolusi  3440×1440 pixel bernisbah 21:9. ViewSonic ELITE XG240R pula adalah monitor 24-inci dengan resolusi HD penuh, kadar segar semula 144 Hz dan sokongan AMD FreeSync. Kedua-duanya hadir dengan sistem lampu RGB terbina, input HDMI, input DP dan pembesar suara stereo. Kedua-dua monitor akan dipaasarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan harga jualan $266 (~RM1100) untuk XG240R dan $716 (~RM2961) untuk XG350R-C.


TIPS & ULASAN