ASUS Mengemaskini Siri Komputer Riba VivoBook Dengan Rekaan Warna Dan Ciri-Ciri Baru

ASUS Mengemaskini Siri Komputer Riba VivoBook Dengan Rekaan Warna Dan Ciri-Ciri Baru

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Siri komputer riba ASUS VivoBook boleh dikatakan siri peranti kelas pertengahan yang boleh digunakan untuk tugasan di pejabat dan juga riadah.

Di acara CES 2019, pihak ASUS mengumumkan dimana mereka telah mengemaskini siri laptop ini dengan memperkenalkan komponen, rekaan dan juga ciri-ciri baru kepada siri laptop VivoBook ini.

ASUS memperkenalkan VivoBook 14, 15 dan 17, dimana setiap laptop ini hadir dengan saiz paparan berbeza, termasuklah 14 inci, 15 inci dan 17 inci yang mempunyai resolusi Full HD yang sama. Dari segi spesifikasi pula,  dilengkapi oleh CPU Intel Core i7 generasi kelapan, dan gabungan storan SSD dan cakera keras sebesar 256GB dan 2TB, disamping kad grafik NVIDIA GeForce MX130.

Terdapat beberapa perbezaan juga dari segi rekaan untuk siri VivoBook ini. VivoBook 14 dan 15 misalnya menggunakan paparan NanoEdge untuk rekaan skrin hampir nirbingkai setinggi 87 dan 88 peratus, manakala VivoBook 17 pula hadir dengan ratio skrin setinggi 85 peratus. Kesemua siri VivoBook ini juga menggunakan teknologi engsel ErgoLift yang mengangkat paparan lebih tinggi sedikit.

Dalam pada itu, VivoBook 14 dan 15 juga bakal hadir dengan empat rekaan warna berbeza, termasuklah Transparent Silver, Slate Grey, Peacock Blue dan juga Coral Crush.

ASUS masih belum mengumumkan bilakah mereka akan mula menjual siri laptop ini, mahupun harga jualannya, tetapi menurut ASUS Malaysia, kita boleh menjangkakan ia akan hadir di pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN