Cari @ Amanz

Kuasa memutuskan ikatan perkahwinan hanya diberikan kepada suami bagi penganut ugama Islam. Di Arab Saudi, ini menimbulkan masalah lelaki yang dengan sewenang-wenangnya melafazkan talak tetapi tanpa memberitahu kepada isteri. Ini menyebabkan ramai wanita digantung tidak bertali kerana tidak mengetahui status diri mereka sedangkan suami bebas membina masjid baharu.

Menurut laporan AFP,  sistem baru akan diperkenalkan di mana sebuah SMS akan dihantar kepada isteri apabila mereka dijatuhkan talak. Suami akan ke mahkamah untuk menjalani proses penceraian yang formal. Sebelum ini suami boleh ke mahkamah bagi melakukan proses yang sama tanpa pengetahuan isteri dan akibatnya mereka tidak mengetahui mereka telah diceraikan.

Bekas isteri kemudian boleh menyemak dokumen berkenaan perkahwinan mereka menerusi laman web kementerian undang-undang. Ini adalah beberapa liberalisasi yang dilakukan di Saudi sejak akhir-akhir ini bagi memenuhi permintaan kaum muda dan membersihkan imej Saudi yang tercalar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd