Illegear Mengemaskini Komputer Riba Gaming Selenite Dan Onyx Dengan Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX

Illegear Mengemaskini Komputer Riba Gaming Selenite Dan Onyx Dengan Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Jika anda seorang peminat permainan komputer yang tegar, anda pastinya mengenali jenama komputer dan laptop gaming tempatan Illegear. Peranti-peranti mereka hadir dengan komponen-komponen yang boleh diubahsuai, dan terkini, mereka hadir dengan kemaskini untuk dua daripada peranti-peranti mereka, iaitu Illegear Selenite dan Illegear Onyx.

Kedua-dua laptop Illegear Selenite dan Onyx ini hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci dan 15.6 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel, bersama-sama dengan CPU Intel generasi kelapan dan juga storan SSD PCIe bersaiz besar.

Kemaskini yang hadir pada kedua-dua laptop ini hadir melalui penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang terbaru: Illegear Selenite akan hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 dan NVIDIA GeForce RTX 2070 versi desktop, manakala laptop Illegear Onyx pula akan dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 2060 (desktop) dan NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q.

Illegear Onyx

Buat masa ini, pihak Illegear masih belum mengumumkan lagi tanda harga untuk konfigurasi baru laptop-laptop ini, tetapi telah menjelaskan bahawa ia akan diumumkan pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN