Cari @ Amanz

Samsung Pay merupakan salah satu perkhidmatan pembayaran nirtunai yang hadir bersama sejumlah peranti Samsung terbaru, dan telah pun ditawarkan di Malaysia. Malah, Samsung Pay boleh dikatakan antara perkhidmatan pembayaran nirtunai yang terawal yang diperkenalkan di Malaysia.

Samsung Pay HSBCSejak pelancaran, Samsung telah menambah sokongna untuk satu demi satu bank tempatan, dan paling terkini, Samsung telah menambah sokongan untuk kad kredit HSBC pada perkhidmatan pembayaran nirtunai mereka.

Berbeza dengan perkhidmatan pembayaran nirtunai biasa, melalui Samsung Pay, ia menyokong sejumlah terminal pembayaran sedia ada – sekaligus membuatkan pelbagai kedai di Malaysia yang menerima pembayaran melalui Samsung Pay tanpa masalah.

Dengan penambahan HSBC, ia kini membawa kepada sejumlah 8 bank yang disokong melalui Samsung Pay – termasuk CIMB Bank, Citi, Hong Leong, Maybank, Public Bank, RHB dan juga Standard Chartered.

Buat masa ini, hanya kad kredit HSBC sahaja yang disokong, dan mungkin kita akan melihat sokongan untuk kad debit HSBC diperkenalkan pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd