LG Turut Akan Menyertakan Sokongan Apple AirPlay 2 Pada Televisyen Pintar Tahun Ini
LG

LG Turut Akan Menyertakan Sokongan Apple AirPlay 2 Pada Televisyen Pintar Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Samsung semalam telah membuat kejutan dengan mengumumkan sokongan Apple iTunes dan juga AirPlay 2 pada televisyen pintar mereka. Kini, selain Samsung, pihak LG turut mengumumkan hal lebih kurang sama, mengatakan semua televisyen pintar mereka keluaran 2019 akan menyertakan sokongan AirPlay 2.

Selain daripada itu, televisyen keluaran LG ini juga akan menyertakan sokongan Apple HomeKit melaluinya.

LG OLED

Dengan adanya sokongan ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad atau Mac dalam memainkan kandungan daripada peranti mereka ke televisyen pintar LG.

Ia agak mengejutkan ramai pada tahun ini Apple terbuka bekerjasama dengan pelbagai pengeluar untuk menyertakan sokongan AirPlay dan sebagainya. Langkah ini dilihat selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan Apple mungkin akan menyertai arena penstriman video seperti Netflix tidak lama lagi. Mungkinkah dengan pengumuman pelbagai kerjasama ini, kita mungkin akan melihat pelancaran perkhidmatan penstriman Apple tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN