LG Memperkenalkan LG Signature OLED TV R – Televisyen 4K Yang Boleh Digulung Dan Hadir Dengan Sokongan Audio Dolby Atmos
LG

LG Memperkenalkan LG Signature OLED TV R – Televisyen 4K Yang Boleh Digulung Dan Hadir Dengan Sokongan Audio Dolby Atmos

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Di acara pengumuman mereka di CES 2019, LG telah memperkenalkan pelbagai jenis produk di atas pentas mereka. Tetapi satu produk yang paling menarik diantara kesemua produk-produk tersebut mungkin set televisyen terbaru mereka yang hadir dengan satu ciri yang agak musykil sekali.

Televisyen tersebut dinamakan LG Signature OLED TV R, iaitu sebuah set televisyen yang boleh digulung untuk mengurangkan rasa semak di dalam sesebuah bilik. Apabila digulung keluar dengan penuh, televisyen Signature OLED TV R ini hadir dengan paparan yang bersaiz 65 inci dan mempunyai resolusi 4K.

Jika pengguna tidak lagi ingin menonton rancangan televisyen, paparan ini boleh digulung masuk kedalam sebuah kabinet yang juga merumahkan sepasang pembesar suara 4.2 yang hadir dengan sokongan untuk teknologi audio Dolby Atmos yang cukup berkuasa sekali

.

Televisyen ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan pintar Alpha A9 yang akan membantu memperbaiki mutu video dan audio yang dipaparkan pada skrin ini menggunakan kecerdasan buatan dan deep learning,

Dalam pada itu, televisyen Signature OLED TV R ini hadir dengan beberapa mod yang berbeza, termasuklah Full View dan Zero View apabila paparannya keluar ataupun digulung secara penuh, dan juga Line View yang membolehkan pengguna melihat waktu dan juga mendengar lagu apabila hanya sebahagian daripada paparan ini keluar daripada kabinet.

Buat masa ini, pihak LG masih belum mengumumkan lagi bilakah televisyen LG Signature OLED TV R ini akan mula dijual di pasaran dunia.


TIPS & ULASAN