Cari @ Amanz

MSI hari ini turut telah mengadakan acara CES 2019, sekaligus memperkenalkan beberapa produk terbaru daripada mereka. Menjadi fokus utama pada pengenalan kali ini adalah dua komputer riba yang hadir dengan kad grafik terbaru daripada NVIDIA.

MSI Stealth GS75

Yang pertama adalah MSI Stealth GS75 yang hadir dengan skrin 17.3-inci pada kadar segar semula 144Hz, selain dilengkapi dengan cip Intel Core i7 generasi kelapan. Ia menawarkan rekaan yang agak nipis untuk sebuah komputer riba permainan – dan menyertakan kad grafik NVIDIA RTX 2080.

MSI GE75 Raider

Selain daripada itu, MSI turut memperkenalkan MSI GE75 Raider yang mana menurut MSI, ia adalah komputer riba 17-inci pertama didunia yang hadir dengan kad grafik RTX 2080. Komputer riba ini turut menyertakan cip Intel Core i7, selain dilengkapi sokongan papan kekunci RGB daripada SteelSeries, sokongan audio daripada Dyanaudio, selain rekaan yang sangat menawan.

Penawaran kedua-dua komputer riba ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd