Cari @ Amanz

PlayStation 4 merupakan salah satu konsol yang popular pada masa kini, dimana pelbagai variasinya masih dipasarkan. Paling terbaru, di Malaysia sendiri, versi 2TB akan ditawarkan bermula penghujung minggu ini.

Selari dengannya, kini Sony telah pun mengumumkan angka jualan konsol PlayStation 4 terbaru mereka. Sehingga 31 Disember 2018 lepas, Sony mencatatkan sekitar 91.6 juta unit telah terjual secara global – sekaligus memperlihatkan ia menghampiri angka 100 juta konsol.

Pada masa yang sama, Sony turut berkongsi mengatakan pengguna aktif bulanan untuk PlayStation network kini adalah seramai 90 juta pemain.

Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna konsol PlayStation 4? Adakah anda berpuas hati dengan konsol keluaran Sony ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd