Epson Memperkenalkan Dua Buah Projektor 3LCD Baru Dengan Nilai Kecerahan 12000 dan 20000 Lumens

Epson Memperkenalkan Dua Buah Projektor 3LCD Baru Dengan Nilai Kecerahan 12000 dan 20000 Lumens

Diterbitkan pada Jan 9, 2019 oleh .

Epson ialah syarikat teknologi dari Jepun yang cukup terkenal untuk peranti-peranti seperti mesin pencetak dan juga projektor yang boleh digunakan oleh pelbagai jenis pengguna, termasuklah mereka di rumah, pejabat dan juga lokasi-lokasi yang memerlukan pancaran gambaran yang besar,

Di acara Epson Regional Showcase 2019 yang berlangsung di Bangkok, Thailand hari ini, Epson memperkenalkan dua buah projektor baru, iaitu Epson EB-L12000Q dan EB-L20000U yang menggunakan teknologi 3LCD yang hadir dengan nilai kecerahan lumens yang tinggi.

Projektor Epson EB-L12000Q hadir dengan nilai kecerahan setinggi 12000 lumens dan resolusi 4K, manakala EB-L20000U pula mempunyai nilai kecerahan setinggi 20000 lumens pada resolusi WUXGA (1920×1200).

Projektor EB-L12000Q ini cukup menarik kerana selain daripada penggunaan teknologi 3LCD Epson yang terkenal, ia juga hadir dengan sistem penyejukan cecair yang membolehkan ia digunakan secara optimal sepanjang masa tanpa sebarang masalah.

Kedua-dua projektor ini juga mampu memancarkan paparan sebesar 1000 inci, dan lensanya boleh ditukar untuk menjadikan projektor ini projektor jarak dekat ataupun jarak jauh.

Menurut jurucakap Epson, kedua-dua projektor EB-L12000Q dan EB-L20000U ini akan mula hadir di pasaran pada suku ketiga tahun 2019 kelak pada harga yang akan ditetapkan.


TIPS & ULASAN