Carian
Dbrand Melancarkan Aksesori Tahan Lasak Baru Mereka Secara Rasmi – Prism Dan Grip v2
January 8, 2019 Fahim Zahar

Dbrand sedia terkenal dengan pelekat vinil 3M untuk melindungi panel belakang peranti dari calar atau kesan kotor cap jari. Harga yang Dbrand jual juga ramai kata agak mahal, sedangkan ada sahaja pesaing di luar sana menjual pelekat vinil yang hampir sama pada harga jauh lebih murah.

Dua tahun lepas, melalui laman biayasama – Dbrand telah melancarkan kerangka pelindung jenis bumper yang tahan lasak dan gelincir – Grip. Ia dijual pada harga $30 (~RM125). Kemudian, produk tersebut dijual sehingga habis stok dan Dbrand tidak lagi menjualnya. Setahun kemudian, Dbrand mengicau akan hadir dengan dua produk baru – iaitu Prism dan Grip v2. Prism adalah pelindung skrin tahan lasak dan Grip v2 adalah kerangka mereka versi kedua.

Hari ini, akhirnya Dbrand mula melancarkan dua produk baru ini secara rasmi. Prism dilihat apabila pasang pada sebuah peranti pintar sangat tahan lasak. Melalui video demo yang diperlihatkan, Dbrand mengetuk peranti yang dilindungi skrin pelindung Prism dengan penukul – keadaan skrin peranti tersebut masih dalam keadaan baik.

Kemudian, untuk Grip v2 – secara keseluruhan ia adalah sama dengan Grip versi awal. Cuma, Grip v2 bukan lagi jenis bumper tetapi adalah kerangka pelindung penuh. Grip sebelum ini turut kenal sebagai kerang pelindung bumper mesra pelekat vinil – untuk Grip v2, pelekat vinil tidak ditampal pada peranti – tetapi pada Grip itu sendiri.

Dbrand menjual kedua-dua produk ini dengan tanda harga $29.95 (~RM123) dan penambahan sebanyak $4.95 (~RM20) untuk pelekat vinil 3M untuk dilekatkan pada Grip. Prism dan Grip v2 ini masih lagi perlu di pra-tempah dan dijangkakan akan tiba ke pelanggan bermula bulan April 2019.

Komen