Soundbrenner Core Adalah Jam Tangan Pintar Untuk Ahli Muzik

Soundbrenner Core Adalah Jam Tangan Pintar Untuk Ahli Muzik

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Metronom adalah alat daripada zaman yunani kuno. Ia digunakan oleh ramai ahli muzik gunakan alat ini untuk berlatih agar muzik yang dihasilkan mengikut rentak. Bacaan rentak metronom ini adalah berdasarkan rentak per minit.

Terkini dengan era peranti boleh pakai dan hampir segalanya sudah lebih mudah, metronom boleh dikatakan adalah alat yang sudah lapuk. Oleh itu, Soundbrenner Core dihasilkan. Ia adalah jam tangan pintar yang dihasilkan khusus buat ahli muzik. Soundbrenner Core mempunyai metronom digital terbina. Skrin dengan animasi berserta getaran adalah perkara yang menggantikan alat metronom yang lama. Jam akan bergetar mengikut rentak per minit bagi memudahkan ahli muzik mengikut rentak.

Jam tangan pintar ini turut sesuai digunakan untuk pemain gitar, bass dan biola. Ini kerana ia mempunyai sensor yang sangat jitu untuk membaca nilai decibel. Cara menggunakannya adalah, cabut Soundbrenner Core dari tali jam dan sambungkan pada gitar melalui sambungan magnetik dengan aksesori yang disediakan. Jadi, pemain-pemain alatan muzik bertali ini akan mudah untuk laraskan alat muzik mereka.

Soundbrenner Core masih lagi jam tangan pintar, jadi fungsi seperti menerima notifikasi masih kekal. Bateri jam tangan ini mampu bertahan selama tiga hari dalam satu pengecasan. Untuk perlindungan pula, ia mempunyai kalis percikan IP66. Soundbrenner Core versi biasa dijual dengan tanda harga $229 (~RM942) dan versi besi Soundbrenner Core Steel adalah $329 (~RM1353) sahaja. Ia dijual melalui laman biayasama Indiegogo dan bagi yang membuat tempahan awal, layak menerima diskaun sehingga 30%.


TIPS & ULASAN