Celcom Home Fibre Tidak Lagi Terhad Di Sabah Sahaja – Kini Diuji Di Jasin, RM80 Untuk 40Mbps

Celcom Home Fibre Tidak Lagi Terhad Di Sabah Sahaja – Kini Diuji Di Jasin, RM80 Untuk 40Mbps

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Celcom Home Fibre sebelum ini hanya ditawarkan di Sabah sahaja. Namun, dengan pengenalan projek rintis NCP di Jasin, Melaka – hal berkenaan berubah, dan kini Celcom turut telah menguji penawaran mereka di sana.

Walaubagaimanapun, pakej yang ditawarkan adalah lebih kurang sama seperti di Sabah, iaitu RM80 untuk 40Mbps, dan RM120 untuk 100Mbps. Kedua-duanya hadir dengan penawaran kuota tanpa had, selain caj panggilan 10 sen seminit ke semua rangkaian untuk panggilan suara.

Celcom Home Fibre

Seperti beberapa penyedia lain, melalui NCP, mereka menggunakan perkhidmatan infrastruktur jalur-lebar daripada Tenaga Nasional Berhad.

Bagi anda yang berada di Jasin, Melaka, anda mungkin boleh menyemak penawaran daripada Celcom ini melalui kedai atau pengedar Celcom terdekat.


TIPS & ULASAN