Belkin Melancarkan Belkin BoostCharge – Kabel Lightning Ke USB-C Pertama Dengan Sokongan MFI

Belkin Melancarkan Belkin BoostCharge – Kabel Lightning Ke USB-C Pertama Dengan Sokongan MFI

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X adalah tiga telefon pintar pertama Apple yang menyokong pengecasan pantas. Sistem pengecasan pantas yang Apple gunakan adalah Power Delivery, di mana sistem ini hanya menyokong kabel USB-C. Tetapi sayang sekali, dari iPhone 8 sehinggalah iPhone XR dan siri iPhone XS – Apple tidak sertakan langsung kabel atau pengecas pantas.

Untuk mengecas dengan pantas iPhone 8/8Plus/X/XR/XS/XS Max, kabel USB-C ke Lightning dengan sokongan MFI diperlukan. Sejak tahun 2017, hanya kabel rasmi Apple sahaja yang wujud dengan pengiktirafan MFI. Apple hanya mula mengedarkan komponen USB-C dengan MFI ini pada penghujung tahun lepas dan kabel USB-C ke Lightning dari pihak ketiga yang diiktiraf hanya akan hadir pada tahun ini sekitar bulan Februari 2019.

Belkin adalah syarikat pertama yang hadir dengan kabel ini dengan pengiktirafan MFI. Kabel tersebut adalah Belkin BoostCharge. Belkin hadir dengan tiga variasi, BoostCharge 0.3M, 1.8M atau 3.0M. Ia adalah panjang yang berbeza, dari paling pendek (untuk power bank) sehinggalah yang panjang yang memudahkan. Jika dilihat dari gambar yang Belkin kongsikan, kabel ini menggunakan kemasan braided – ini bermakna kabel ini mempunyai jangka hayat yang lama dan tahan lasak.

Kabel ini turut mempunyai pengikat kabel terbina bagi memudahkan urusan mengurus kabel. Belkin BoostCharge ini adalah lebih mahal dari kabel rasmi Apple, ia dijual pada harga bermula $24.95 (~RM103) sehingga $34.99 (~RM144). Ia akan hadir bermula pada musim bunga kelak. Walaupun lebih mahal dari Apple, tetapi ia lebih kukuh dan mempunyai rekaan yang cantik dan tidak lapuk seperti kabel rasmi Apple.


TIPS & ULASAN