Sony Hadir Dengan Televisyen 8K Dan 4K Baru Berasaskan Android TV – Akan Menyokong Apple AirPlay 2

Sony Hadir Dengan Televisyen 8K Dan 4K Baru Berasaskan Android TV – Akan Menyokong Apple AirPlay 2

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Dengan pelbagai pengeluar televisyen yang hadir dengan penawaran terbaru mereka, pihak Sony turut tidak ketinggalan, dan telah mengumumkan dua televisyen baru – satu merupakan tv 8K berasaskan panel LCD dengan nama MASTER Series Z9G 8K LCD, selain televisyen 4K baru berasaskan panel OLED, iaitu A9G 4K OLED.

Sony MASTER Series A9G OLED

Model Z9G hadir dengan pilihan model pada saiz skrin 85-inci dan 98-inci, sementara model A9G pula hadir dengan skrin bersaiz 55-inci, 65-inci dan juga 77-inci. Menariknya, televisyen 8K terbaru daripada Sony ini juga adalah antara yang terawal ditujukan kepada pengguna umum dengan resolusi sebesar itu.

Buat masa ini, memandangkan kandungan 8K masih terhad, maka Sony menggunakan algoritma tersendiri dalam mengoptimasikan kandungan 4K kepada kualiti 8K.

Sony MASTER Series Z9G

Kedua-dua model televisyen ini dijana berasaskan sistem operasi Android TV.


Apa yang menariknya, seperti beberapa pengeluar televisyen lain, pihak Sony turut mengumumkan yang mana televisyen mereka akan menyokong Apple AirPlay 2 – sekaligus membolehkan pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad dan MacBook memainkan kandungan daripada peranti mereka ke televisyen Sony berkenaan.

Buat masa ini, Sony masih belum mengumumkan harga dan tarikh penawaran televisyen ini.


TIPS & ULASAN