Pocophone F1 adalah telefon pintar berspesifikasi peranti mercu, tetapi dijual dengan harga sebuah telefon pintar kelas pertengahan. Boleh dikatakan Pocophone F1 ini mengikut jejak langkah OnePlus dengan OnePlus One pada beberapa tahun yang lalu.
Pocophone sudah pun menerima kemaskini yang memebawakan sokongan mengambil gambar waktu malam yang cantik ‘Night’ dan rakaman gerak perlahan sehingga 960fps. Terkini, dalam kemaskini akan datang – Pocophone F1 akan menerima tambahan sokongan untuk merakam video 4K dengan kadar 60fps.
And regarding 4K 60 FPS, we will be rolling it out in the stable update in February. We are working with our partners to also provide Widevine L1 certification.
We will continue to focus on providing the best experience on POCO F1. (2/2)@IndiaPOCO— C Manmohan (@cmanmohan) January 7, 2019
Sokongan ini akan hadir pada bulan Februari kelak. Bersama-sama dengan pengumuman ini, Pocophone dilihat masih lagi berusaha untuk menyertakan sokongan lesen DRM Widevine L1 untuk tujuan penstriman Netflix atau lain-lain platform penstriman pada resolusi HD penuh dan keĀ atas.