Cari @ Amanz

Jika monitor Lenovo ThinkView P44w dilancarkan untuk pengguna profesional ThinkPad,  dua monitor terkini Lenovo Legion Y27gq dan Y44w yang dilancarkan hari ini pula mensasarkan pengguna dari golongan gamer Lenovo Legion Y27gq ialah monitor 27″ QHD (2560×1440 pixel) yang mempunyai kadar segar semula 240Hz, masa tindak balas 0.5 ms serta sokongan NVIDIA G-Sync.

Skrin mempunyai rekaan hampir tanpa bingkai mengikut trend semasa dan turut mempunyai cangkuk untuk fon kepala terbina pada bahagian sisi. Pilihan I/O adalah satu HDMI 2.0, satu DP 1.4, 3 USB 3.1 dan satu bicu audio. Terdapat pilihan menggunakan pembesar suara Harman Kardon yang dipasang pada leher monitor.

Lenovo Legion Y44w pula adalah sebuah ThinkVision P44w yang diubahsuai untuk kegunaan gamer. Ia dilengkapi skrin 43.4″ beresolusi 3840×1200 pixel ultra lebar melengkung bernisbah 32:10 dengan kadar segar semula maksimum 144Hz. Kadar segar semulanya pula ialah 4ms dengan sokongan AMD FreeSync 2 dan mod HDR. Turut disertakan ialah 2 HDMI 2.0, 1 DP 1.4, 4 USB 3.1 dan satu output audio. Dua USB-A dan satu port audio tersorok kemas pada bahagian dagu. Rekaan Legion Y44w juga tampak lebih agresif berbanding P44W.

Bagi yang berminat, Lenovo Legion Y44w akan mula dijual April pada harga $1200 (~RM 4936) manakala Legion Y27qg pula pada harga $1000 (~RM4113) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd