Hyundai Memperlihatkan Kenderaan Konsep Yang Boleh Berjalan

Hyundai Memperlihatkan Kenderaan Konsep Yang Boleh Berjalan

Diterbitkan pada Jan 8, 2019 oleh .

Acara CES 2019 sering memperlihatkan pengenalan pelbagai perkara baru, dan tidak ketinggalan adalah pengenalan kenderaan elektrik dan juga beberapa kenderaan konsep. Mengambil peluang adalah Hyundai, dimana pada acara CES 2019, mereka telah pun memperlihatkan kenderaan konsep yang dinamakan sebagai Elevate.

Hyundai Elevate

Hyundai mengatakan ia adalah kenderaan Ultimate Mobility Vehicle yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara – termasuk untuk menyelamatkan orang dari sesuatu lokasi dengan mudah.

Hyundai dilihat mengintegrasikan keupayaan kenderaan bersama-sama robotik pada konsep ini – membolehkan ia bergerak pada pelbagai keadaan muka bumi dengan mudah.

Selain daripada untuk kecemasan, Hyundai turut memperlihatkan yang mana ia akan memudahkan mereka dengan kekurangan upaya untuk bergerak ke sesuatu lokasi dengan mudah.

Buat masa ini, ia hanya sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah Hyundai akan komersialkan ia.


TIPS & ULASAN