Cari @ Amanz

HMD Global hari ini telah mengumumkan penawaran telefon mercu terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 8.1.

Nokia 8.1 hadir dengan skrin 6.18-inci PureDisplay, dijana cip Snapdragon 710, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Telefon ini dijana bateri 3500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 12MP + 13MP, selain kamera swafoto 20-megapixel. Kamera belakangnya turut hadir dengan lensa Zeiss serta sistem penstabilan imej optikal.

Nokia 8.1 turut hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie terbina, selain mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm.

Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM1699 bermula 16 Januari 2019 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd