DJI Mengumumkan Alat Kawalan Untuk Dron Mavic 2 Dengan Skrin Terbina

DJI Mengumumkan Alat Kawalan Untuk Dron Mavic 2 Dengan Skrin Terbina

Diterbitkan pada Jan 9, 2019 oleh .

Bulan Ogos tahun lepas, DJI telah memperkenalkan dron baharu Mavic 2 Zoom dan Mavic 2 Pro. Kedua-dua dron ini adalah dron boleh lipat dengan ciri khusus tersendiri.

Hari ini, DJI telah mengumumkan alat kawalan baharu yang boleh digunakan pada dua dron ini. DJI Smart Controller adalah alat kawalan dron dengan skrin terbina. Alat kawalan ini menggunakan skrin 5.5-inci dengan resolusi 1080p. DJI Smart Controller ini bukan sebarang alat kawalan dengan skrin terbina tetapi turut mempunyai sistem operasi Android.

Fokus DJI adalah untuk memberi pengguna lebih mudah mengawal dron, kerana skrin pada DJI Smart Controller mempunyai tahap kecerahan 1,000 cd/m2. Kemudian, bahan binaan pada alat kawalan ini kali daripada suhu yang dahsyat – di mana ia mampu bertahan dalam suhu dari -4 darjah sehingga 40 darjah. Alat kawalan ini menggunakan teknologi bluetooth yang lama iaitu Bluetooth 4.2, WiFi terbina dan teknologi transmisi DJI tersendiri OcuSync 2.0. Sistem Android pada alat kawalan ini mempunyai aplikasi DJI terbina termasuk dengan aplikasi penyuntingan. Ia mempunyai memori dalaman 16GB dan menyokong kad mikroSD sehingga 128GB.

Tambahan menarik mengenai alat kawalan ini adalah, dengan penggunaan sistem operasi Android – pengguna boleh kongsi haisl rakaman terus ke platform media sosial dengan mudah. Kemudian, menggunakan satu aplikasi khas DJI – video dan imej turut boleh dipindahkan ke telefon pintar dengan mudah.

Bateri pada alat kawalan ini agak besar, iaitu 5000mAh. Tetapi sayang sekali, ia hanya mampu bertahan selama 2.5 jam dan perlu dicas selama 2 jam untuk penuh. DJI Smart Controller ini dijual dengan tanda harga $650 iaitu sekitar RM2675.


TIPS & ULASAN