Cari @ Amanz

Dell kini telah pun hadir dengan kemaskini Dell XPS 13 yang terbaru – dimana mereka meneruskan rekaan premium nirbingkai bersama-sama komputer riba ini.

Dell XPS 13

Berbanding dengan rekaan sebelum ini, Dell XPS 13 yang baru ini membawakan sedikit perubahan. Kedudukan webcam kini bukan lagi dibawah seperti sebelumnya, tetapi diposisikan pada bahagian atas. Ini sekaligus mengatasi pelbagai aduan pengguna berkenaan dengan kedudukan kamera yang mungkin kurang mesra panggilan video.

Walaubagaimanapun, kamera yang ditawarkan hanyalah kamera biasa, dan tiada sokongan inframerah untuk Windows Hello. Sebagai alternatif untuknya, Dell XPS 13 kini menyertakan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Spesifikasi lain adalah lebih kurang sama seperti komputer riba lain, termasuk penggunaan skrin 13-inci dengan pilihan paparan sehingga 4K, cip Intel Core generasi kelapan, selain memori sehingga 16GB RAM. Dell mengatakan komputer riba ini kini menawarkan masa penggunaan sehingga 21 jam lamanya.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk komputer riba generasi baru ini masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd