Cari @ Amanz

OPPO F9 merupakan telefon kelas pertengahan yang dikeluarkan oleh OPPO pada tahun lalu. Ia membawakan beberapa pembaharuan seperti rekaan takuk yang lebih kecil, cip yang lebih pantas, dan hadir dengan fugnsi pengecasan pantas. Pada awal 2019 ini, OPPO telah memperkenalkan warna baru untuk OPPO F9 menerusi Jade Green bagi menambah pilihan warna untuk peranti ini.

Warna baru ini dihasilkan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma pada 5 Februari kelak. Pilihan warna ini menampilkan warna cerun putih-hijau muda pada bahagian belakang peranti. Rekaan sisinya pula telah hadir dengan kemasan warna emas untuk memberi penampakan yang lebih elegan dan menarik. Namun di dalam peranti ini, OPPO memaklumkan tiada sebarang perubahan dilakukan dan ia masih sama seperti OPPO F9 sebelum ini.

OPPO F9 hadir dengan skrin IPS LCD sebesar 6.3-inci Full HD+, cip MediaTek Helio P60, memori 6GB RAM, dan storan sebesar 64GB yang boleh ditambah melalui kad mikroSD. Ia juga membawakan sokongan dwi-kamera dwi-kamera 16MP + 2MP, kamera hadapan 25MP, dan menawarkan kapasiti bateri 3500 mAh dengan pengecasan pantas VOOC.

OPPO F9 dengan pilihan warna Jade Green ini boleh dipra-tempah bermula 9 hingga 11 Januari dan mendapatkannya secara rasmi pada 12 Januari ini. Menariknya, harganya masih sama seperti OPPO F9 sebelum ini iaitu RM1199 untuk 6GB RAM dan storan 64GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd