Carian
WeChat Kelak Akan Menambah Fungsi Pembantu Digital Seumpama Siri
January 9, 2019 Aman

WeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang popular. Di Malaysia, ia digunakan secara meluas, selain perkhidmatan pembayaran WeChat Pay juga semakin popular dikalangan pengguna.

Kini, bergerak kehadapan, Tencent hari ini mengatakan mereka bakal memperkenalkan fungsi pembantu digital seumpama Siri pada WeChat. Melalui fungsi ini, ia dijangka akan memudahkan pengguna melakukan tugasan asas dengan mudah – seperti memainkan lagu, membuat tempahan seru-pandu, dan sebagainya.

Pembantu digital ini akan dikenali dengan nama “Xiaowei” – dan dihubungkan ke pelbagai perkhidmatan milik Tencent yang lain. Berkemungkinan besar, pembantu digital ini akan terhad untuk China sahaja, dan mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum kita di Malaysia dapat menggunakannya.

Buat masa ini, Tencent sekadar mengumumkan sahaja ciri ini, dan belum memperkenalkannya lagi secara rasmi.

Komen