Carian
Adobe Akan Meningkatkan Harga Langganan Adobe Creative Cloud Mulai 12 Februari 2019
January 9, 2019 Aman

Adobe hari ini mengumumkan yang mana mereka akan meningkatkan harga langganan untuk Adobe Creative Cloud mulai 12 Februari 2019 ini.

Peningkatan harga untuk semua pelan masih belum diumumkan buat masa ini, tetapi telah dimaklumkan untuk pengguna sedia ada. Sebagai contoh, kami yang melanggan pakej Adobe Creative Cloud pakej menyeluruh yang berharga RM222 pada hari ini akan ditingkatkan kepada harga RM236.

Semua pengguna sedia ada telah mula menerima emel berkenaan peningkatan harga ini, dan tarikh harga baru akan aktif untuk akaun mereka.

Untuk pengguna baru pula, sekiranya anda melanggan sebelum 12 Februari 2019 ini, anda akan dapat menikmati harga sedia ada, dan ditingkatkan hanya selepas tempoh setahun. Selepas 12 Februari 2019, harga untuk pelanggan baru akan berubah kepada harga baru.

Komen