Nokia 8.1 Plus Dijangka Hadir Dengan Rekaan Skrin Berlubang

Nokia 8.1 Plus Dijangka Hadir Dengan Rekaan Skrin Berlubang

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Sejak daripada bulan Disember 2018 yang lepas, kita telah mula melihat beberapa pengeluar hadir dengan telefon pintar menggunakan rekaan skrin berlubang – sekaligus menggantikan trend takuk sebelum ini.

Melaluinya, ia dilihat ingin membawakan rekaan skrin yang lebih menyeluruh, selain menyembunyikan penggunaan bar takuk berwarna hitam yang mungkin sedikit menganggu.

Nokia 8.1 Plus

Sebelum ini, kita telah melihat Samsung dan Huawei memperlihatkan penawaran mereka. Selain kedua-duanya, HMD Global kini dilihat akan hadir dengan penawaran mereka tersendiri melalui Nokia 8.1 Plus.

Telefon pintar ini dijangka hadir dengan skrin 6.22-inci dengan rekaan lubang kamera pada bahagian bucu atas-kiri. Selain itu, ia dijangka dilengkapi sistem operasi Android One, pengimbas cap jari dibelakang, dan menawarkan kamera dengan lensa ZEISS.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Nokia 8.1 Plus ini akan dilancarkan. Memandangkan gambar awalnya kini hadir tertiris – tidak mustahil kita melihat ia diperkenalkan dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN