Carian
Google Chrome Akan Mula Menghalang Iklan Yang Menganggu Bermula Julai 2019
January 10, 2019 Aman

Pembangun pelayar web Chrome hari ini telah berkongsi beberapa kemaskini berkaitan ciri halangan iklan yang bakal disertakan pada pelayar web berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, Google sebelum ini telah mengumumkan yang mana pelayar web Chrome akan mula menghalang iklan yang mengelirukan pengguna. Lanjutan daripadanya, kini Google turut mengatakan yang mana mereka akan mula menghalang iklan yang menganggu pengalaman pelayaran pengguna bermula Julai 2019 ini.

Google Iklan Menganggu

Sejumlah iklan dikategorikan dibawah iklan menganggu – termasuk antaranya adalah iklan pop-up, iklan yang memainkan audio dan video secara automatik, iklan berbentuk sticky, iklan dengan pengiraan masa, iklan beranimasi, dan sebagainya.

Selari dengan pengumuman ini, Google kini membolehkan pemilik web menyemak status web mereka melalui Google Webmasters dan lebih mengoptimasikan paparan halaman mereka supaya tidak menganggu pengguna.

Langkah ini semestinya sangat membantu pengguna dalam memberikan pengalaman pelayaran yang lebih baik – selain pada masa yang sama membolehkan pemilik web untuk menerima pelawat yang akan habiskan masa lebih lama pada web mereka.

Komen