ASUS ZenBook 13, 14 Dan 15 Terbaru Kini Memasuki Pasaran Malaysia – Laptop Padat Dan Berkuasa Bermula Dari RM4399

ASUS ZenBook 13, 14 Dan 15 Terbaru Kini Memasuki Pasaran Malaysia – Laptop Padat Dan Berkuasa Bermula Dari RM4399

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba bersaiz padat dan berkuasa, ASUS Malaysia telah melancarkan siri terbaru ASUS ZenBook yang hadir dengan tiga buah model dengan saiz paparan yang berbeza.

Tiga model ASUS ZenBook baru ini termasuklah ASUS ZenBook 13 UX333, ASUS ZenBook 14 UX433 dan juga ASUS ZenBook 15 UX533. Ketiga-tiga laptop ini hadir dengan paparan saiz yang berbeza; ASUS ZenBook 13 hadir dengan paparan bersaiz 13.3 inci, ASUS ZenBook 14 mempunyai paparan bersaiz 14.0 inci, manakala ASUS ZenBook 15 mempunyai paparan bersaiz 15.6 inci, dan ketiga-tiga paparan ini hadir dengan resolusi Full HD.

ASUS ZenBook 13 dan 14 dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-8265U, memori DDR4 sebanyak 8GB, storan SSD PCIe sebesar 512GB dan juga sebuah kad grafik NVIDIA GeForce MX150. Akan tetapi, ZenBook 13 dan ZenBook 15 turut hadir dengan pilihan untuk CPU Intel Core i7-8565U yang lebih berkuasa jika diperlukan.

Dua perbezaan utama ASUS ZenBook 15 dan model-model lain ialah ZenBook 15 mempunyai memori DDR4 sebanyak 16GB, dan ia dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Max-Q.

Kesemua paparan model ASUS ZenBook ini hadir dengan ciri NanoEdge dimana keempat-empat sisi paparan hadir dengan rekaan hampir nirbingkai, dan disamping itu, mereka juga dilengkapi dengan engsel ErgoLift yang mengangkat bahagian papan kekunci untuk membuatkan pengalaman menaip lebih selesa.

Satu lagi ciri menarik yang hadir pada laptop ini ialah ciri NumberPad dimana bahagian pad sesentuh boleh dijadikan sebagai Numpad dengan menekan satu butang sahaja.

Siri komputer riba ASUS ZenBook 13 UX333, ASUS ZenBook 14 UX433 dan ASUS ZenBook UX533 akan tiba di pasaran Malaysia pada minggu ini, dan boleh dibeli di pengedar yang disahkanpada harga-harga berikut

  • ASUS ZenBook 13 UX333 (Intel Core i5) – RM4499
  • ASUS ZenBook 13 UX333 (Intel Core i7) – RM4999
  • ASUS ZenBook 14 UX433 – RM4399
  • ASUS ZenBook 15 UX533 – RM6099

TIPS & ULASAN