Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan Redmi sebagai sub-jenama yang berasingan, dan dibawahnya, Redmi telah memperkenalkan telefon terbaru mereka, iaitu Redmi Note 7.

Redmi Note 7


Redmi Note 7 hadir dengan skrin 6.3-inci dengan bertakuk kecil pada resolusi 2340×1080 pixel. Ia turut menggunakan rekaan kaca 2.5D pada bahagian belakang dalam memberikan keselesaan ketika memegangnya.

Selain daripada itu, telefon pintar ini dijana dengan cip Snapdragon 660 (2.2Ghz), pilihan memori sehingga 6GB RAM, serta storan sehingga 64GB.

Xiaomi Redmi 7

Xiaomi Redmi 7

Untuk rakaman gambar, Redmi Note 7 menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 48-megapixel dan 5-megapixel. Redmi menggunakan sensor 48-megapixel daripada Samsung untuk tujuan berkenaan, selain turut melengkapkan ia dengan sokongan kecerdasan buatan untuk hasil rakaman yang cantik.

Redmi Note 7

Melengkapkan telefon pintar Redmi Note 7 ini juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan QuickCharge 4.0 berasaskan USB-C. Ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan IR Blaster dan juga bicu audio 3.5mm.

Redmi Note 7 hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dimana ia ditawarkan pada harga bermula CNY999 iaitu sekitar RM603 untuk versi 3GB RAM.

Redmi Note 7

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd