Cari @ Amanz

Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi. Jadi, kita kelak akan dapat lihat banyak promosi akan diadakan sepanjang musim perayaan ini, sama ada di kedai fizikal atau pun kedai atas talian. Shopee juga turut tidak ketinggalan dalam menawarkan kempen yang membolehkan orang ramai untuk mendapatkan barangan pada harga promosi melalui platform mereka.

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada Februari kelak, Shopee kini telah melancarkan beberapa kedai rasmi untuk jenama jenama terkenal, seperti MSI, Logitech, Etude House, Crocs, ELLE, Anmum, dan World of Sports. Dengan pelancaran kedai atas talian oleh jenama jenama ini, ia sekaligus memudahkan peminat peminat jenama tersebut untuk membeli belah melalui Shopee.

Selain mengumumkan kedai atas talian yang baru di platform mereka, Shopee juga turut mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kempen sempena Tahun Baru Cina tahun ini dimana terdapat pelbagai aktiviti aktiviti menarik akan berlangsung sepanjang kempen ini berlangsung.

Melalui kempen yang dijalankan, Shopee telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang terdiri daripada peraduan media sosial, tawaran dan diskaun yang hebat daripada jenama jenama terkenal, seperti Watsons Malaysia, Samsung, Senheng dan banyak lagi.

Tawaran tawaran ini akan diadakan antara 14 hingga 16 Januari, dan 22 hingga 24 Januari. Selain itu juga Shopee turut mengadakan hari hari yang bertemakan pesta seperti CNY Essentials Festival, Shocking Sale Festival, Shopee Mall Festival, Cashback Festival dan CNY Mega Festival.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang kempen ini adalah 88% Pulangan Tunai, Kotak Misteri, Shopee Shake, Shopee CNY Live Quiz, dan Shocking Sale.

Untuk aktiviti pulangan tunai, anda berpeluang untuk menerima pulangan tunai secara harian sehingga 88% yang dihadkan kepada RM5.88 sekiranya anda berbelanja melalui Shopee dan anda akan ditawarkan dengan baucar yang lumayan pada jam 3 petang setiap hari.

Bagi aktiviti Kotak Misteri pula, Shopee bakal menawarkan sebanyak 88,888 hadiah misteri kepada anda dimana di dalam kotak tersebut akan mengandungi hadiah daripada jenama dan pejual yang menggunakan Shopee pada harga sekurang-kurangnya separuh daripada harga runcit dan anda tidak perlu membayar kos penghantaran. Hal ini adalah kerana Shopee menawarkan perkhidmatan pengahantaran yang percuma tanpa mengira jumlah pembelian anda melalui platform ini.

Selain itu, aktiviti Shopee Shake pula akan memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah bernilai RM888,888 dengan hanya menggoncang telefon pintar anda.

Apa yang lebih menarik mengenai kempen ini adalah, Shopee akan menganjurkan Shopee CNY Live Quiz melalui aplikasi mereka. Melalui aktiviti ini, anda berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada 888,888 syiling Shopee, hadiah mingguan RM1000, dan banyak lagi. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjawab semua soalan dengan betul daripada pelbagai topik semasa kuiz secara langsung ini berjalan, iaitu pada 12 tengah hari dari 14 hingga 31 Januari, dan 12 tengah hari dan 8 malam dari 22 hingga 24 Januari.

Shocking Sale juga turut akan diadakan bermula 15 hingga 22 Januari ini yang mana sebanyak 8 jualan berlainan akan diadakan sepanjang tempoh tersebut. Melalui aktiviti ini, anda juga berpeluang untuk membeli belah dengan potongan harga sehingga 88% untuk pelbagai jenis kategori produk, seperti fesyen, barangan elektrik dan sebagainya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah lumayan melalui kempen daripada Shopee ini. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Shopee dan menyertai kempen ini yang berlangsung sehingga 14 Januari hingga 24 Januari kelak untuk mendapatkan harga promosi sehingga 88%, iaitu serendah RM0.88.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd