Carian
Xiaomi Melancarkan Yeelight Smart Yuba – Lampu Pintar 8 Dalam 1 Dengan Pemanas
January 10, 2019 Fahim Zahar

Xiaomi hari ini sekali lagi hadir dengan produk peranti berhubung. Kali ini, mereka memfokuskan lampu pintar untuk digunakan pada tandas. Apa yang menarik dengan lampu ini, ia adalah lampu 8 dalam 1 dengan pemanas.

Yeelight Smart Yuba adalah lampu pintar Xiaomi yang turut boleh dikawal dengan aplikasi Mijia atau Mi Home serta turut boleh dikawal dengan arahan suara XiaoAi. Fokus Xiaomi pada lampu pintar ini adalah teknologi pengaliran udaranya. Ia menggunakan motor Nidec dari Jepun yang mempunyai kelajuan sehingga 1500rpm. Dengan motor ini, ia boleh memanaskan suhu bilik dalam masa 15 minit sahaja.

Selain daripada itu, Yeelight Smart Yuba ini turut boleh menyejukkan bilik mengikut keadaan suhu. Dalam suhu yang sejuk, motor ini mempunyai cukup kuasa untuk memanaskan bilik kepada 15 darjah dalam masa 3 minit sahaja. Melalui fungsi seperti ini, pengguna akan lebih selesa untuk menggunakan tandas dalam apa jua cuaca/suhu. Untuk memanaskan bilik, Yeelight Smart Yuba menggunakan 47 keping pemanasan seramik melengkung dengan roda angin 165mm. Ia boleh dilaras kepada 3 kelajuan berbeza. Motor ini menggunakan kuasa yang renda untuk menjimat elektrik.

Fungsi lain Yeelight Smart Yuba ini adalah, tahap panas yang boleh dihasilkan adalah mengeringkan baju dilaras mengikut warna dan tahap kecerahan berbeza. Ia turut hadir bersama-sama panel kawalan untuk dipasang pada dinding bagi mereka yang tidak ingin menggunakan aplikasi. Ia dijual melalui laman biayasama dengan tanda harga RMB599 (~RM362).

Komen