WSJ : Samsung Galaxy S10 Akan Dilancarkan Pada 20 Februari

WSJ : Samsung Galaxy S10 Akan Dilancarkan Pada 20 Februari

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Pada bulan lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Samsung mungkin melancarkan siri Galaxy S seterusnya pada acara berasingan, lebih awal daripada Mobile World Congress. Selari dengannya, kini Wall Street Journal turut melaporkan perkara sama.

Ia dikatakan Samsung akan melancarkan siri Galaxy S10 pada 20 Februari 2019 ini melalui acara yang dijadualkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan juga di London.

Samsung Galaxy S10

Sekiranya benar, maka ini bukanlah kali pertama Samsung menggunakan acara berasingan untuk pelancaran Galaxy S10. Sebelum ini, mereka telah beberapa kali melancarkan siri Galaxy S secara berasingan – termasuk paling terakhir adalah untuk Galaxy S8.

Galaxy S10 merupakan telefon pintar bersempena ulang-tahun ke-10 daripada Samsung. Pengeluar dari Korea Selatan berkenaan dijangka memperkenalkan beberapa variasi Galaxy S10, termasuk yang menggunakan tri-kamera dibelakang, selain versi 5G.

WSJ turut mengatakan yang mana Samsung turut akan memperlihatkan peranti boleh-lipat mereka pada acara yang sama.


TIPS & ULASAN