Cari @ Amanz

Boost merupakan salah satu penyedia dompet digital yang agak popular, sekaligus memperluaskan transaksi secara nirtunai ke seluruh negara. Terkini, dalam usaha terus mempopularkan dompet digital Boost, mereka telah pun mengumumkan kerjasama dengan pihak Watsons.

Melalui kerjasama ini, kini para pengguna boleh menggunakan Boost dalam membuat pembayaran di kedai Watsons seluruh negara – meliputi lebih 450 kedai.

Boost turut mengatakan yang mana kini mereka mempunyai lebih 3.5 juta pengguna di Malaysia yang menggunakan dompet digital mereka, selain sekitar 60,000 peruncit yang menerima pembayaran melalui Boost.

Selari dengan pengenalan pembayaran menggunakan Boost ini, Watsons turut mengumumkan promosi mata ganjaran Watsons sebanyak 8x apabila menggunakan Boost untuk pembayaran. Promosi ini akan berjalan bermula 15 Januari sehingga 4 Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd