Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana acara Galaxy Unpacked seterusnya akan mengambil tempat pada 21 Februari 2019 kelak, pada pukul 3 pagi waktu Malaysia.
Pada acara berkenaan, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S10 secara rasminya. Melalui video acah yang dikeluarkan, ia memperlihatkan seumpama Samsung turut akan memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka pada acara yang sama.
Mengikut desas-desus sebelum ini, sebanyak tiga variasi Galaxy S10 dijangka diperkenalkan – termasuk yang paling berkuasa dengan tri-kamera belakang.
Acara ini juga dijangka akan menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia, memandangkan ia adalah peranti ulang-tahun ke-10 untuk siri Galaxy S.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 21 Februari 2019 ini untuk melihat kejutan yang akan dibawakan oleh Samsung melalui siri Galaxy S terbaru mereka.
Welcome to the next generation. Galaxy Unpacked on February 21, 3AM (GMT+8). #SamsungEvent #Unpacked https://t.co/QqY8uUHwqK pic.twitter.com/ca3t2fSzxa
— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) January 10, 2019