Cari @ Amanz

Amazon sedia terkenal dengan banyak perkhidmatan mereka tersendiri. Semua perkhidmatan mereka boleh diakses dengan satu langganan sahaja iaitu langganan Twitch Prime (untuk pengguna global). Harga langganannya pula adalah $2.99 untuk 6 bulan pertama dan $5.99 untuk bulan ketujuh dan seterusnya.

Terkini, mereka hadir dengan satu platform penstriman baru yang percuma – IMDB Freedive. Ia adalah platform penstriman filem dan siri tv dengan sokongan pengiklanan. Platform ini buat masa ini hanya boleh diakses melalui laman IMDb dan peranti Amazon Fire TV sahaja. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai aplikasi Prime Videos – IMDb Freedive turut boleh diakses melaluinya.

IMDb masih memerlukan maklum balas dari kalangan pengguna untuk lihat bagaimana prestasi perkhidmatan baru mereka ini. Hanya di masa akan datang baru mereka akan hadir dengan aplikasi untuk Android dan iOS. IMDb Freedive buat masa ini hanya boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan tidak boleh diakses di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd