Lebih 90 Peratus Daripada Pemandu Teksi Dan Kenderaan Seru-Pandu Tempatan Masih Belum Mendaftar Caruman PERKESO

Lebih 90 Peratus Daripada Pemandu Teksi Dan Kenderaan Seru-Pandu Tempatan Masih Belum Mendaftar Caruman PERKESO

Diterbitkan pada Jan 11, 2019 oleh .

Pertubuhan Keselamatan Sekuriti Sosial, ataupun PERKESO/SOCSO ialah sebuah pertubuhan yang sentiasa memastikan anda dijaga dari segi kewangan jika anda menghadapi kemalangan, kecederaan ataupun kematian apabila anda sedang bekerja, dan ini telah diwartakan dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa CEO PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata bahawa 90 peratus daripada para pemandu teksi dan juga pemandu kenderaan seru-pandu di Malaysia masih belum mendaftar dengan PERKESO untuk mendapatkan caruman sekuriti sosial dibawah PERKESO.

Menurut beliau, PERKESO mempunyai sebuah skim yang dinamakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang baru ditubuhkan tidak lama lalu dan ia membolehkan pemandu-pemandu ini mendapatkan caruman PERKESO walaupun mereka tidak bekerja dibawah mana-mana majikan.

Setakat ini, beliau turut menyatakan bahawa hanya seramai 9644 pemandu teksi dan kenderaan seru-pandu yang telah mendaftar dibawah skim tersebut, dan memanggil untuk lebih ramai lagi pemandu persendirian untuk mendaftar dengan cepat, kerana ia telah hadir sejak Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diwartakan.


TIPS & ULASAN