Carian
MSI
Laptop MSI Siri GT Dan GL Kini Menyertakan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX
January 11, 2019 Effi Saharudin

Di acara CES, pelbagai jenama berhimpun bagi mempamerkan peranti terbaru mereka. MSI turut hadir dalam menawarkan laptop terbaru mereka yang kini telah dikemaskini dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX dalam siri GT, GE, dan juga GL.

Untuk siri GT, dua model yang dikemaskini adalah GT63 Titan dan juga GT75 Titan. Untuk kedua-dua model ini, ia akan hadir dengan pilihan kad grafik GeForce RTX 2080 8GB GDDR6 dan dilengkapi dengan pembesar suara Dynaudio dengan Woofer ESS Sabre HiFi, dilengkapi Nahimic 3 Audio Enhancer.

Bagi MSI GT63 Titan, ia akan hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-8 dan pilihan paparan 15.6-inci 144 Hz 1080p IPS-LCD atau 15.6-inci 4K IPS dan juga papan kekunci berlampu Per-Key RGB dari SteelSeries.

Untuk MSI GT75 Titan, ia menyertakan cip pemprosesan terkini dari Intel Core i9 Generasi ke-8, mempunyai pilihan paparan 17.3-inci 1080p 144 Hz IPS atau 17.3-inci 4K IPS yang menyokong Adobe RGB, dan mempunyai papan kekunci mekanikal RGB dari SteelSeries.

Untuk siri GL pula, laptop MSI GL73 dan MSI GL63 dikemaskini dengan kad grafik GeForce RTX 2060 6GB GDDR6. Kedua-dua laptop ini membawakan papan kekunci dengan lampu LED berwarna merah bagi tujuan pencahayaan dikala gelap, pembesar suara Giant Speaker dengan Nahimic 3 Audio Enhancer, dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-8.

Untuk MSI GL63, ia merupakan laptop gaming bersaiz 15-inci dengan pilihan paparan bersaiz 15.6-inci 1080p dengan kadar segar semula 120Hz dengan masa respon 3ms atau skrin lebar 15.6-inci 1080p 94% NTSC. Bagi MSI GL73 ia merupakan laptop bersaiz 17-inci dengan paparan 17.3-inci, kadar segar semula 120 Hz dan juga masa respon 3ms.

Kesemua laptop gaming dari MSI dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX20 ini dijangka akan hadir ke pasaran tempatan pada akhir bulan ini.

Komen