Cari @ Amanz

Xiaomi telah pun melancarkan Redmi Note 7 untuk pasaran China secara rasminya semalam. Ia menerima reaksi positif ramai pengguna, dan kini kami telah mula mendengar daripada sumber-sumber terdekat, mengatakan Xiaomi akan membawa masuk Redmi Note 7 ke Malaysia pada bulan Februari 2019 ini.

Buat masa ini, tarikh dan harga jualan rasminya masih tidak diketahui lagi. Namun, mengikut sasaran awal, Redmi Note 7 ini dijangka dilancarkan selepas Tahun Baru Cina.

Redmi Note 7

Redmi Note 7 merupakan telefon pintar terbaru dibawah Redmi, hadir dengan skrin bertakuk kecil 6.3-inci pada resolusi 2340×1080 pixel, selain membawakan rekaan kerangka premium – termasuk penggunaan kaca 2.5D pada kerangka belakang.

Redmi Note 7 ini juga hadir dengan cip Snapdragon 660 (2.2Ghz), pilihan memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 64GB, serta menggunakan bateri 4000mAh yang dicas pantas menggunakan kabel berasaskan USB-C. Redmi Note 7 ini juga mengekalkan sokongan inframerah untuk mengawal perkakasan elektik, selain bicu audio 3.5mm.

Untuk rakaman gambar, Redmi Note 7 menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 48-megapixel dan 5-megapixel.

Xiaomi Redmi 7

Di China, Redmi Note 7 ditawarkan pada harga bermula CNY 999, iaitu sekitar RM603. Mungkin kita boleh melihat penawaran pada harga lebih kurang sama untuk pasaran Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd