YouTube Akan Menghentikan Sokongan Perkongsian Automatik Terus Ke Twitter Dan Google+

YouTube Akan Menghentikan Sokongan Perkongsian Automatik Terus Ke Twitter Dan Google+

Diterbitkan pada Jan 14, 2019 oleh .

Kami mempunyai saluran YouTube di mana kami memuat naik video setiap hari. Bagi memudahkan proses perkongsian vide0-video ini, kami menggunakan sistem perkongsian automatik yang diperkenalkan oleh YouTube. Malang sekali sistem ini tidak lagi akan berfungsi bermula 31 Januari ini.

Perkongsian automatik tidak lagi boleh dilakukan ke platform Twitter dan Google+. Pemilik video terpaksa melakukan perkongsian pautan video secara manual bermula 1 Februari hadapan. YouTube tidak memberikan sebab mengapa sokongan perkongsian automatik ini dihentikan. Setakat ini ia menerima maklum balas negatif dari majoriti pengguna kerana ia antara fungsi yang amat berguna kerana menjimatkan masa.


TIPS & ULASAN