Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman muzik membolehkan jutaan lagu didengari di mana-mana sahaja tanpa mengambil ruang di dalam peranti. Ia sedikit sebanyak menyelesaikan masalah cetak rompak yang hampir memusnahkan industri muzik lima tahun yang lalu. Spotify adalah perkhidmatan penstriman muzik yang popular dan mereka mengumumkan kini mempunyai 200 juta pengguna aktif bulanan.

Dari jumlah ini, 87 juta adalah terdiri daripada pengguna berbayar manakala selebihnya menggunakan perkhidmatan percuma dengan pengiklanan. Bagi menentang Apple Music, Spotify mula menawarkan fungsi menukar lagu yang didengari kepada pengguna percuma pada senarai main tertentu. Dengan 40 juta lagu di dalam katalog mereka, adalah mustahil untuk pengguna untuk tidak dapat mencari lagu yang ingin didengari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd