Hyundai Memperlihatkan Sistem Haptik Dan Visual Untuk Kegunaan Pemandu OKU Pendengaran

Hyundai Memperlihatkan Sistem Haptik Dan Visual Untuk Kegunaan Pemandu OKU Pendengaran

Diterbitkan pada Jan 14, 2019 oleh .

Di Malaysia individu OKU pendengaran dibenarkan memandu. Namun mereka harus memandu dengan lebih berhati-hati berbanding insan biasa kerana tidak dapat mendengar bunyi atau hon dari kenderaan lain di atas jalan raya. Bagi golongan ini, Hyundai telah membangunkan sistem haptik dan visual yang membolehkan OKU pendengaran memandu dengan lebih selamat.

Sistem yang dibangunkan ini mengesan audio dengan pemasangan mikrofon di luar kenderaan. Apabila mendengar hon dari kenderaan di belakang, ikon hon akan terpapar pada sistem HUD kenderaan serta stereng akan bergetar. Ini ialah komponen sistem Audio-Visual Conversion (AVC) dan Audio-Tactile Conversion (ATC).

Getaran akan menjadi semakin kuat bergantung kepada jarak kenderaan di belakang. Ikon ambulans juga boleh dipaparkan pada HUD apabila sistem mengesan siren kenderaan kecemasan.

Sistem lampu pula akan menyala sebagai ganti sistem navigasi suara dari alat GPS. Ia akan bernyala pada sebelah kanan bagi memberikan petunjuk pemandu perlu membelok ke kanan misalnya. Dengan sistem ini pemandu OKU bukan sahaja akan terasa lebih selamat malah pengguna jalan raya lain juga tidak perlu risau


TIPS & ULASAN