Cari @ Amanz

Komputer-komputer riba yang dilengkapi dengan kad-kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX bakal tiba di pasaran dunia pada penghujung bulan ini. Selain daripada Illegear, nampaknya laptop-laptop gaming GIGABYTE AORUS juga bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Tech Armory, syarikat pengedar komputer riba GIGABYTE dan AORUS di Malaysia telah mengumumkan bahawa lima model laptop dari GIGABYTE dan AORUS akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi, dan telah mengumumkan nama model, spesifikasi dan juga tanda harga laptop-laptop tersebut.

Model-model ini termasuklah AORUS 15 Wv9, AORUS 15 Xv9 dan dua model GIGABYTE AERO 15X v9 yang hadir dengan dua paparan dengan saiz resolusi yang berbeza.

Spesifikasi-spesifikasi dalaman komputer-komputer riba ini adalah seperti berikut:

AORUS 15 Wv9 FHD (RM8499)

  • Paparan 15.6 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU Intel Core i7-8750H
  • Memori DDR4 8GBx2
  • Storan SSD 512GB, cakera keras 2TB
  • Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB

AORUS 15Xv9 FHD (RM9999)

  • Paparan 15.6 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU Intel Core i7-8750H
  • Memori DDR4 8GBx2
  • Storan SSD 512GB, cakera keras 2TB
  • Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB

GIGABYTE AERO 15X v9 FHD (RM11499)

  • Paparan 15.6 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU Intel Core i7-8750H
  • Memori DDR4 16GBx1
  • Storan SSD PCIe 1TB
  • Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB

GIGABYTE AERO 15X v9 UHD (RM12999)

  • Paparan 15.6 inci 4K
  • CPU Intel Core i9-8950HK
  • Memori DDR4 16GBx2
  • Storan SSD PCIe 1TB
  • Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB

GIGABYTE AERO 15X v9 UHD (RM17999)

  • Paparan 15.6 inci 4K
  • CPU Intel Core i9-8950HK
  • Memori DDR4 16GBx2
  • Storan SSD PCIe 1TB
  • Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB

Menurut Tech Armory, mereka yang berminat untuk membeli laptop-laptop ini boleh mula pra-tempahan pada 29 Januari kelak, dan akan tiba di kedai pada awal bulan Februari 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd