Bagaimana Huawei MateBook D Dapat Membantu Anda Sebagai Seorang Pelajar

Bagaimana Huawei MateBook D Dapat Membantu Anda Sebagai Seorang Pelajar

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Bagi seorang pelajar, komputer riba amat penting dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah  bagi memudahkan mereka untuk menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan. Jadi, rekaan yang nipis dan ringan, spesifikasi yang cukup baik untuk kegunaan harian dan ketahanan bateri merupakan ciri yang amat dititik beratkan sebelum seseorang itu membeli sebuah komputer riba, sama ada pelajar mahupun pengguna biasa.

Huawei Matebook D ini telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada Oktober yang lalu. Ia merupakan sebuah komputer riba yang memfokuskan untuk kegunaan harian yang disasarkan pada golongan korporat dan pelajar. Sekiranya anda adalah daripada golongan ini, dan sedang mencari sebuah komputer riba pada harga yang mampu milik, ini adalah sebab bagaimana Huawei Matebook D dapat membantu anda dalam meningkatkan produktiviti harian.

1) Rekaannya Yang Nipis Dan Elegan

Huawei Matebook D ini membawakan rekaan sebesar 15.6 inci, ultra nipis 16.9 mm, dan mempunyai berat kurang daripada 1.5 kg. Dengan rekaan seringan dan senipis ini, ia memudahkan anda untuk meletakkannya di dalam beg dan membawanya kemana sahaja. Kerangkanya yang diperbuat daripada aluminium berwarna silver juga dapat memberikan impak yang kemas dan susah untuk meninggalkan kesan cap jari padanya.

Dari segi paparan pula, Huawei Matebook D ini hadir dengan nisbah skrin ke badan sehingga 81%, paparan skrin seluas 14 inci, rekaan bingkai senipis 6.2mm, dan menggunakan panel IPS Full HD beresolusi 1920X1080 pixel. Rekaan ini juga membolehkan anda untuk menikmati paparan yang lebih luas dan mendalam sekaligus dapat memberikan pengalaman penggunaan yang baik dari segi paparan.

Pada bahagian papan kekuncinya juga telah diletakkan sekali dengan empat pembesar suara yang dibina dengan teknologi Dolby Atmos dan telah disusun pada sisi kiri dan kanan bersebelahan dengan papan kekunci peranti ini serta bahagian bawah peranti. Manakala butang kuasa yang telah digabungkan dengan pengimbas cap jari juga telah diletakkan pada atas pembesar suara sebelah kanan dan pad sesentuh pula diletakkan pada bahagian bawah papan kekunci.

2) Prestasi Penggunaan Yang Menjamin Produktiviti Harian 

Huawei Matebook D membawakan spesifikasi yang dijana dengan Intel Core i5-8250U dengan kad grafik Intel UHD Graphics 620. Komputer riba ini juga turut dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR3 bersama storan dalaman 256GB SSD.

Dengan spesifikasi ini, ia membolehkan anda untuk menghasilkan kerja kerja yang biasa dilakukan oleh seorang pelajar, seperti pembentangan projek, laporan, dan tugas tugas harian untuk seorang pelajar. Kerja kerja penyuntingan yang ringan juga boleh dibuat, sama ada penyuntingan gambar atau video. Huawei Matebook D ini mampu membuat kerja penyuntingan video yang ringan seperti video yang beresolusi 1080p dalam durasi masa yang pendek.

Bunyi yang dikeluarkan oleh pembesar suara daripada Huawei Matebook D ini juga boleh dikatakan agak baik. Hal ini adalah kerana Huawei telah meletakkan empat buah pembesar suara pada komputer riba ini , iaitu dua di sisi kiri dan kanan, dan dua dibawah komputer riba ini yang mana keempat empat pembesar suara ini menggunakan teknologi Dolby Atmos.

Jadi, sekiranya anda ingin membuat pembentangan video dengan menggunakan komputer riba daripada Huawei ini, anda akan dapati bahawa ia mampu menghasilkan audio yang cukup baik dan memuaskan. Hal ini adalah kerana komputer riba ini tidak mengeluarkan bunyi audio yang pecah walaupun anda setkan pada jumlah audio yang paling tinggi. Apabila anda memainkan video, anda juga akan dapati bahawa ia akan memaparkan paparan yang cukup cantik, terang, dan memuaskan, kerana ia menyokong untuk membuat paparan sebesar 1080p dan 2160p.

Kini, kesemua komputer riba mempunyai pad sesentuh. Namun, apa yang membezakannya adalah fungsi tambahan yang terdapat pada pad sesentuh ini. Untuk Huawei Matebook D ini, ia membolehkan anda untuk membuat pintasan yang lancar ke perisian lain dengan hanya menggunakan kawalan gesture sahaja. Hal ini adalah disebabkan pad sesentuh pada komputer riba ini menggunakan Windows Precision driver.

Memandangkan komputer riba ini mempunyai butang kuasa yang digabungkan dengan pengimbas cap jari, ia akan memudahkan anda untuk menghidupkan dan log masuk ke komputer riba anda tanpa perlu memasukkan kata kunci. Dengan fungsi pengimbas cap jari ini juga ia dapat mengelakkan komputer riba anda daripada digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mudah.

Selain fungsi fungsi utama yang terdapat pada komputer riba ini, Huawei Matebook D ini juga mempunyai fungsi Huawei Share. Fungsi ini memberi peluang kepada anda untuk membuat pemindahan fail dengan mudah secara nirwayar sahaja. Ia menyokong untuk membuat pemindahan fail dengan mudah secepat satu minit untuk fail sebesar 1G.

Biasanya, jika anda ingin membuat pemindahan fail daripada telefon pintar kepada komputer riba, anda memerlukan peranti tambahan untuk proses ini. Namun, ia berbeza untuk Huawei Matebook D ini dimana, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi Huawei Share ini pada komputer riba dan sambungkannya kepada telefon pintar Huawei anda. Dengan fungsi ini, jelas sekali ia sangat mudah untuk anda membuat pemindahan fail dengan cepat tanpa memerlukan pemacu USB (pendrive) atau mana mana peranti tambahan lain.

3) Kapasiti Bateri Yang Dapat Bertahan Lama

Komputer riba daripada Huawei ini juga dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5400 mAh. Dengan kapasiti sebesar ini, ia mampu membuat kerja kerja berkaitan korporat seperti melayari web, penulisan laporan, tontonan video dan dikatakan boleh mencapai sehingga 12 jam penggunaan. Tetapi, sekiranya anda membuat tugasan berat, komputer riba ini mampu bertahan sehingga 7 jam penggunaan, dimana ia  dikatakan agak baik untuk sebuah laptop seperti ini.

Komputer riba ini juga menyertakan Huawei Pocket Charger di dalam kotak pembeliannya. Apa yang menarik mengenainya adalah, ia merupakan sebuah pengecas berwayar yang sangat ringan, iaitu 155g sahaja yang mana jika dibawa bersama Huawei Matebook D, gabungan beratnya adalah kurang daripada 2kg.

Port pengecasan untuk komputer riba ini adalah USB-C 65W yang mana ia merupakan jenis pengecasan yang sama digunakan oleh telefon pintar Huawei yang biasa. Jadi, sekiranya anda terlupa untuk membawa pengecas telefon pintar Huawei, anda tidak perlu risau kerana pengecas Huawei Matebook D ini juga boleh dijadikan sebagai satu alternatif untuk mengecas telefon pintar anda.

Dengan sokongan pengecasan yang kecil dan boleh digunakan untuk peranti lain ini, ia sangat berguna kepada anda sebagai seorang pelajar. Hal ini adalah kerana anda boleh jimatkan perbelanjaan anda daripada membeli pengecas berasingan kerana pengecas yang disertakan dalam kotak pembelian Huawei Matebook D ini juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar Huawei anda. Huawei Pocket Charger ini juga cukup ringan dan kecil untuk diselitkan kedalam beg anda dan tidak perlu membawa beg komputer riba sekaligus memudahkan pergerakkan anda untuk membawanya kemana mana sahaja


Kesimpulannya, prestasi penggunaan komputer riba Huawei Matebook D ini boleh dikatakan agak memuaskan untuk menjadikannya sebagai komputer riba harian anda. Hal ini adalah kerana Huawei Matebook D ini mempunyai kualiti paparan skrin yang cantik dan tajam, penghasilan suara audio yang sangat sedap dan mendalam, kapasiti bateri yang besar serta boleh dipadankan dengan pengecas telefon pintar Huawei, terutama sekali Huawei Nova 4. Ini adalah kerana, Huawei Nova 4 mempunyai fungsi dan ciri yang dapat memenuhi kehendak pengguna, malahan ia dijual pada harga yang sangat mampu milik bagi seorang pelajar.

Jadi, dengan fungsi fungsi menarik yang terdapat pada Huawei Matebook D ini, ia dilihat akan menetapi kehendak para pengguna sama ada seorang pelajar mahupun pengguna biasa. Rekaannya yang ringan, nipis dan boleh didapati pada harga yang mampu milik juga merupakan antara faktor yang anda patut pertimbangkan untuk meletakkannya kedalam senarai pilihan bagi sebuah komputer riba.

Komputer riba ini ditawarkan dengan satu pilihan warna, iaitu Mystic Silver dengan ruangan memori sebesar 8GB RAM bersama storan luaran 256GB, serta boleh didapati pada harga serendah RM2999 sahaja. Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui laman rasmi Huawei atau pengedar pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Beli : Huawei Matebook D Melalui Laman Rasmi Huawei

Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia


TIPS & ULASAN