Cari @ Amanz

Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa rekod media sosial dipecahkan. Terkini, rekod untuk gambar dengan paling banyak “Like” di Instagram dipecahkan – oleh sebuah gambar sebutir telur.

Dikongsikan oleh akaun world_record_egg, perkongsian gambar sebutir telur berkenaan kini memegang rekod gambar dengan paling banyak “Like” – mencapai lebih 25 juta “Like”. Ini sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh Kylie Jenner sebelum ini dengan gambar sebanyak 18 juta “Like”.

Ia agak menarik untuk melihat akaun parodi “Egg Gang” ini berjaya memecah rekod dengan perkongsian berbentuk jenaka dan tidak begitu serius. Sebelum ini, beberapa akaun lain turut pernah mencuba perkara lebih kurang sama, tetapi gagal mencapai apa yang dicapai akaun “Egg Gang” ini.

Dengan rekod baru ini juga, kini timbulnya beberapa gambar dan akaun Instagram lain yang hadir ke arena web dengan nama yang lebih kurang sama. Selain itu, Kylie Jenner juga dilihat berkongsi video terbaru di Instagram yang memperlihatkan dia memecahkan sebutir telur ke atas jalan raya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd