Cari @ Amanz

Oppo 10xOppo merupakan salah satu jenama telefon pintar popular yang sedia bereksperimen dengan beberapa perkara – termasuk rekaan boleh-luncur secara mekanikal, selain sokongan pengecasan pantas yang lebih pantas berbanding pelbagai pesaing lain. Terkini, ia diperkatakan yang mana Oppo mungkin memperlihatkan telefon dengan zoom optikal sehingga 10x pada minggu ini.

Oppo melalui laman sosial mereka di China, telah pun mengeluarkan gambar acah untuk sebuah acara pada 16 Januari 2019 kelak, dimana ia menyertakan slogan mengatakan “Ten Times The View, See You Soon”.

Untuk makluman, Oppo sebelum ini pernah memperlihatkan teknologi kamera dengan zoom 5x pada telefon pintar, namun ia tidak dikomersialkan sehingga hari ini. Berkemungkinan sekiranya Oppo memperlihatkan teknologi baru ini, ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama sebelum ia dipasarkan melalui telefon pintar.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 16 Januari ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Oppo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd