Semalam kami melaporkan Spotify kini mempunyai 200 juta pengguna aktif bulanan. Terdapat satu komen pembaca mengatakan Spotify mempunyai satu kelemahan dimana ia tidak menawarkan penstriman lagu popular dari India. Pagi ini Spotify telah menandatangani perjanjian dengan syarikat T-Series yang membolehkan keseluruhan katalog lagu mereka distrim oleh pengguna global.
All the music from @TSeries is now on Spotify! Over 160,000 tracks to be precise 😯 https://t.co/Q93pBiGwcr #SpotifyDesiHub pic.twitter.com/pm4iNNstWr
— Spotify (@Spotify) January 14, 2019
Syarikat T-Series memegang hak ke atas 160,000 lagu popular dari filem-filem popular seperti Khabi Kushie Kabhie Gham, Koi Mil Gaya dan Kuch Kuch Hota Hai. Selain muzik dari filem, muzik kontemporari India berbahasa Telugu, Tamil dan banyak lagi turut boleh distrim. Perjanjian ini ditandatangani sebelum Spotify dijangka dilancarkan secara rasmi di India tahun ini. Sempena penawaran muzik dari India hari ini, Spotify kini membuka hab Desi untuk memaparkan kandungan muzik dari benua Asia Selatan.