Lebih dari 70% tontonan di YouTube kini dilakukan menerusi telefon pintar. Oleh itu pelbagai fungsi baharu diperkenalkan pada aplikasi YouTube bagi memudahkan pengguna menonton video kegemaran. Terkini aplikasi YouTube pada iOS dikemaskini bagi membawakan sokongan gesture.
Rolling out this week on the YouTube iOS app (for 6S phones & above)!
From your video player:
👈Swipe left for the next video
👉Swipe right for your previously watched videoIf you prefer, you can still tap for video player controls. More details here → https://t.co/ur4EiHCiii pic.twitter.com/Es2ExHl8m9
— Team YouTube (@TeamYouTube) January 15, 2019
Apabila pengguna menatal ke kiri pada video yang ditonton, video yang seterusnya akan dimainkan. Tatalan ke kanan pula akan mengembalikan pengguna ke video sebelumnya. Tatalan separa pula akan memberikan prebiu video seterusnya tanpa menghentikan video yang sedang ditonton. Dengan sokongan gesture ini, adalah lebih mudah bagi pengguna menukar video yang ditonton di dalam senarai main. Sebelum ini sebuah butang berbentuk anak panah perlu ditekan dan ini adalah kurang intuitif berbanding kawalan gesture.