Cari @ Amanz

Windows 7 merupakan salah satu sistem operasi popular keluaran Windows yang telah ditawarkan sejak 2009 yang lepas. Seperti kebanyakkan sistem operasi, sokongan untuknya akan ditamatkan selepas beberapa tahun. Kini, untuk Windows 7, sokongan untuknya akan ditamatkan dalam tempoh sekitar setahun lagi, iaitu pada 14 Januari 2020 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, pengguna yang masih menggunakan sistem operasi Windows 7 tidak lagi akan menerima kemaskini sekuriti semasa – sekaligus membuatkan pengguna mungkin terdedah kepada pelbagai serangan sekuriti.

Seperti biasa, Microsoft mengalakkan pengguna untuk menaik-taraf kepada sistem operasi Windows 10, sekaligus memastikan komputer anda terus selamat dan terlindung daripada pelbagai ancaman.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan Windows 7, atau telah beralih ke Windows 10?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd