Kebolehan Ray Tracing NVIDIA RTX Diperlihatkan Lagi Melalui Video Acah Permainan Komputer Atomic Hearts

Kebolehan Ray Tracing NVIDIA RTX Diperlihatkan Lagi Melalui Video Acah Permainan Komputer Atomic Hearts

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Teknologi Ray Tracing secara nyata ialah sesuatu yang baru diperkenalkan oleh NVIDIA melalui siri kad grafik terbaru mereka, NVIDIA GeForce RTX. Kad-kad grafik ini hadir dengan teras Turing dan RT yang bergabung untuk memberikan efek visual pencahayaan dan bayang-bayang yang lebih realistik.

Akan tetapi, implementasi teknologi Ray Tracing untuk tujuan gaming agak perlahan buat masa ini, dan hanya beberapa permainan komputer mempunyai sokongan untuk teknologi tersebut.

Terkini, di acara CES 2019, Jensen Huang, CEO NVIDIA dilihat menunjukkan sebuah video acah baru daripada permainan komputer akan datang yang dinamakan Atomic Hearts yang bakal hadir dengan sokongan untuk Ray Tracing.

Di dalam video acah ini, kita dapat melihat perbezaan kualiti cahaya, pantulan dan bayang-bayang yang cukup ketara apabila RTX dipasang dan ditutup.

Sayang sekali, Atomic Hearts tidak akan hadir pada tahun ini, tetapi terdapat kebarangkalian bahawa mereka akan memperkenalkan beta tertutup pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN